Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Air Kencing Berdarah, Suami Safura Dikejarkan Ke Hospital Kerana...

Hanafis Haris 13/06/2019 | 10:30 MYT
Suami kepada penyanyi Safura Ya’cob, Sahronizam Noor dikejarkan ke Hospital Batu Pahat, Johor, jam 5.30 pagi tadi selepas mengalami sakit perut.
Menurut Safura, hasil pemeriksan doktor kemudian mendapati suaminya itu sebenarnya mengalami masalah batu karang.
Safura berkata, Sahronizam pada awalnya mengadu sakit perut pada jam 2.30 pagi sebelum dibawa ke klinik kesihatan Ayer Hitam.
"Bagaimanapun rawatan yang diberikan tidak membantu hingga abang terpaksa dikejarkan ke hospital menaiki ambulan.
“Hasil pemeriksaan menerusi air kencing mendapati terdapat jangkitan kuman dalam air kencing dan ujian imbasan X-Ray mendapati abang ada batu karang,” katanya kepada Harian Metro.
Safura yang juga bekas peserta program Gegar Vaganza musim kelima berkata, sebelum ini suaminya beberapa kali mengalami sakit perut biasa dan tidak mempunyai sebarang masalah ketika membuang air kecil.
“Sebelum ini abang sakit perut biasa sahaja. Kalau buang air kecil pun okay sahaja. Namun, tadi selepas pemeriksaan air kencing ada darah pula," katanya.
Apapun, Gempak mendaoakan semoga urusan Safura dan suami dipermudahkan.
#Penyanyi #Sakit #Penyanyi #Sakit #Safura
;