Laman Utama

Air Ketuban Nyaris Habis, Ria Ricis Selamat Bersalin

Maliah Surip
26/07/2022
06:55 MYT
Sponsor Banner
Air Ketuban Nyaris Habis, Ria Ricis Selamat Bersalin
Hos dan YouTuber terkenal Indonesia, Ria Ricis dilaporkan selamat melahirkan anak pertama hasil perkahwinan dengan pelakon dan penyanyi Teuku Ryan hari selepas ‘mengalah’ dengan keinginan untuk melahirkan secara normal.
Ria Ricis yang juga merupakan adik kepada pendakwah bebas Oki Setiana Dewi itu sebelum ini berhasrat untuk melahirkan anak sulungnya secara normal.
Namun dia yang sudah sarat 38 minggu dinasihatkan oleh doktor untuk melahirkan secara pembedahan. Hal itu lantaran dia mengalami masalah kekurangan air ketuban.
“Saya akan melahirkan bayi kecil si cantik baby R dengan tindakan ceasar kerana air ketuban yang semakin berkurang bahkan nyaris habis," cuit Ria Ricis di Twitternya.
Dan pada 26 Julai 2022, pasangan selebriti tersebut selamat dikurniakan anak perempuan dengan panggilan Baby R.
Khabar gembira tersebut dikongsi oleh sang sahabat sekaligus pengurus Ria Ricis iaitu Riri melalui akun Instagram @riricilll.
Menerusi perkongsian di Insta Storynya, Riri menampilkan momen Ria Ricis dan Teukur Ryan yang tengah duduk di kerusi roda sambil menunggu panggilan untuk ke ruang operasi.
“Alhamdulilah semuanya berjalan lancar. Baby R dan ibu sihat. Terima kasih doa-doa baiknya," kata Riri pada Instagram Storiesnya.
Diketahui Ria Ricis melahirkan anak sulungnya di di RSIA Bina Medika Bintaro. Meski melalui pengalaman melahirkan secara pembedahan, Ria Ricis bersyukur kerana semua berjalan lancar.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar