Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Aishah Sifatkan Jay Jay Disenangi Ramai – “Setiap Kali Kami Jumpa, Arwah Akan Cakap ‘Hi Sedara’…”

Khairil Khusyairi 05/08/2024 | 04:55 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menyifatkan Allahyarham penyanyi legenda Jay Jay adalah seorang yang disenangi ramai.

Jay Jay Disenangi Ramai

Kongsi Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 58, dia mula mengenali arwah ketika di bangku persekolahan lagi.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Perkhabaran duka pemergian seorang yang gigih dalam perjalanan seninya.

“Seorang sangat disenangi semua. First time jumpa arwah di sekolah St Marys dulu bila carefree buat persembahan.

“Saya dalam tingkatan 4 masa tu, and saya dapat naik ke atas pentas ketika itu semasa mereka buat persembahan,” tulisnya.

Panggilan Sedara

Tambah pelantun lagu Janji ManisMu itu lagi, anak kepada kakak Allahyarham juga adalah suami kepada anak saudaranya.

Sehubungan dengan itu, setiap kali berjumpa, Allahyarham akan menyapa Aisyah dengan panggilan sedara.
“Inspired me dan membuatkan saya minat muzik. Later on kami bertemu lagi di dalam persembahan...di situ kami dapat tahu yang anak kakak arwah adalah suami anak buah saya.

“Maka arwah setiap kali jumpa akan cakap 'hi sedara!!'.

“Sekarang tinggal hanya kenangan. Al Fatihah buat arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang-orang yang soleh. Tenanglah di sana,” coretnya.

Allahyarham Jay Jay selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Tandang, Subang Jaya, Petaling Jaya sebentar tadi.
Allahyarham Jay Jay dilaporkan meninggal dunia di Hospital Thomson, Kota Damansara, Petaling Jaya, pada jam 9.27 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Pergi Dengan Tenang Selepas Apa Yang Dilalui” - Isteri Allahyarham Jay Jay

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

#Penyanyi #Meninggal #Aishah #Dunia #Jay Jay #Legenda #Allahyarham
;