Hiburan
Ajak Shiro Kongsi Perbualan Dengan Anak Perempuan Yang ‘Offer’ Diri Ikut Uruskan Jenazah - “Kita Ini Risau Le Anak Dara Tak Pernah…”
Pelawak dan penyampai radio Ajak Shiro berkongsi perbualan dia dengan anak perempuannya iaitu Nada Soffea yang kini berada di kampung bersama ibunya.
Uruskan jenazah
Menerusi perkongsian di Instagram, Ajak berkata dia ada menghubungi Nada kerana bimbangkan keadaan anaknya yang pertama kali mengikuti ibunya menguruskan jenazah.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 Tahun Tak Bertegur, Persahabatan Ajak & Shahrol Akhirnya Kembali Terjalin - “Tak Ada Orang Ketiga Yang Masuk Campur Untuk…”
“Nada ikut Ibu dia pergi balik kampung, sekali ibu dia ajak dia pergi uruskan jenazah… kita ni risau le anak dara kita tak pernah ikut urus jenazah.
“Kita pun call la tanya dia… Baba : ‘Nada ok ke ikut Ibu uruskan jenazah? Nada xtakut ke?’ Nada : ‘Taklah, bukan Ibu yang ajak Nada, Nada yang nak pergi’.
“Baba : Nada boleh ke kalau ibu suruh lagi?’. Nada : ‘Nada nak, tapi tak ada lagi.’ Baba : ‘Terasa macam salah soal pula’. Sayang anak girl Babah,” kongsinya.
Rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dan memuji Ajak dan isterinya mendidik anak-anak.