Hiburan
#AJL38: Aisha Retno Dapat Standing Ovation, Akhiri Persembahan Terbang 'Naik Atas'!
Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-38 yang membawa tema Muzikaverse berlangsung dengan hangat pada malam ini menyaksikan persaingan sengit dalam kalangan 12 finalis.
BERITA TRENDING: Tak Sangka Ke AJL38, Aisha Retno Lancar Dua Single Serentak & Album Mini A.R - "Masih Tak Percaya, Inilah…
Antara yang menarik perhatian penonton pada malam berprestij tersebut adalah persembahan daripada penyanyi berbakat, Aisha Retno.
Aisha Retno telah menjadi finalis ketiga dalam anugerah yang menyaksikan dia mempertaruhkan lagu Sutera.
Tampil dengan penampilan bak puteri bunian, Aisha memukau para penonton apabila menyanyi sambil terbang di atas semasa mengakhiri persembahannya.
Persembahan unik penyanyi berusia 24 tahun itu telah mendapat standing oviation penonton di stadium dan juga turut mencuri perhatian netizen di media sosial.
Sutera merupakan lagu yang digubah oleh Aisha Retno dan MFMF dengan lirik ditulis oleh Aisha Retno.
Sekadar info, ini merupakan kali pertama Aisha Retno layak melangkah ke pentas ikonik ini.
AJL38 mempertandingkan 12 buah lagu keseluruhan termasuk Jangan Mati Rasa Itu, (Aina Abdul); Santai (Naqiu/Faizal Tahir); Inilah JalanNya (Masdo/Noh Salleh) Darah (Marsha Milan/Naim Daniel dan Firdaus Rahmat) dan banyak lagi.
Anugerah berprestij ini turut membawakan gandingan hos terkenal, Alif Satar dan Sherry AlHadad.