Hiburan
“Akak Ni Hina Lagi Daif, Minta Maaf Atas Kemarahan Korang” – Noorkhiriah Mohon Maaf Selepas Dihentam Sebab Ajak Orang Ramai Pergi Usrah
Pelakon Noorkhiriah memohon maaf kepada warganet selepas dihemtam teruk kerana mempromosikan dan mengajak orang ramai menyertai program usrah.
Menerusi kemas kini terbarunya di laman sosial Instagram (IG), Noorkhiriah berkata majlis ilmu tersebut sudah pun dibatalkan dan meminta maaf sekiranya mencetus kemarahan orang lain.
Noorkhiriah juga mengakui kesilapan kerana menjawab komen netizen dengan meninggalkan tanda pagar #Allahada sehingga menimbulkan salah faham.
“Kelas batal pun diknon…Akak buat @usrah2jannah malam ni…Simpan marah tu jangan cepat jump into conclusions.
Mungkin silap Akak jawab #Allahada lebih kurang camtulah akak balas dan mungkin pembacaan kalian lain dan Akak tak baca komen yang menghentam sebab tak nak mengeruhkan lagi keadaan.
Akak ni hina lagi daif, minta maaf atas kemarahan korang..yang panggil akak #pig #bebai #bodoh, Akak maafkan korang… #Allahada,” tulisnya.
Noorkhiriah sebelum ini telah memuat naik posting mempromosikan majlis usrah di sebuah masjid di Damansara.
Dia telah memuat naik poster usrah berkenaan yang dijadualkan berlangsung di Kota Damansara malam semalam (Isnin), 16 Mac.
Promosi itu bagaimanapun menimbulkan situasi tidak selesa kepada warganet dan mendakwa Noorkhiriah seperti tidak mengendahkan amaran dikeluarkan kerajaan supaya menangguhkan perhimpunan membabitkan orang ramai (mass gathering).
Posting tersebut bagaimanapun sudah dipadam Noorkhiriah daripada IGnya.
Ingin menonton program-program menarik di Astro? Tunggu apa lagi muat turun aplikasi Astro Go di Apple Store dan Google Apps sekarang dan nikmati program kegemaran anda secara online!