Laman Utama

Akaun Telegram PM Ismail Sabri Kena Godam, Netizen Usik Pinjam Duit

Maliah Surip
08/08/2022
13:20 MYT
Sponsor Banner
Akaun Telegram PM Ismail Sabri Kena Godam, Netizen Usik Pinjam Duit
Berani mati! Mungkin itu ayat paling ringkas dan tepat buat penggodam yang telah mengodam akaun telegram peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berita tersebut telah dikongsi sendiri oleh Ismail Sabri menerusi beberapa platform media sosialnya termasuk Twitter dan Facebook.
Telegram peribadinya telah digodam hari ini dan Ismail Sabri meminta orang ramai untuk mengabaikan mesej daripada akaun berkenaan.
"Mohon laporkan kepada pihak berkuasa dan abaikan sebarang mesej yang diterima daripada akaun berkenaan," menurut ciapan itu.
Sementara itu, makluman yang diberikan pemimpin nombor satu negara tersebut mendapat beragam respons dan usikan nakal dalam kalangan masyarakat media sosial.
Ada dalam kalangan netizen mengusik Ismail Sabri dengan mahukan nombor telefon untuk menghantar WhatsApp kepada beliau.
“Minta pinjam duit bayar besok ke dato’?”cuit seorang wargamaya pula.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar