Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Akhirnya... Pengguna Boleh Guna Kad Debit & Kredit Di Lebuhraya PLUS!

Hanafis Haris 14/08/2019 | 10:30 MYT
Pada mereka yang telah mempraktikkan sistem bayaran Touch ‘n Go (TnG) e-wallet atau Radio Frequency Identification (RFID), anda pastinya hairan mengapa Lebuhraya Utara-Selatan Bhd (PLUS) masih belum tersedia fungsi sebegini.
Nampaknya, pengguna bakal menikmati kemudahan itu menjelang hujung tahun ini apabila PLUS akan menyokong pembayaran dikenali sebagai sistem PLUS RFID.
Menerusi laporan Berita Harian, Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail menjelaskan sistem RFID Plus membolehkan akaun kad kredit, debit dan pelbagai jenis dompet digital dipaut terus untuk proses pembayaran tol.
"Dengan kemudahan terbaru itu, pengguna PLUS tidak akan perlu lagi bersusah payah ke kiosk atau kaunter untuk menambah nilai pada kad TnG.
"Oleh itu pengguna tidak perlu risau dengan masalah baki tidak mencukupi," katanya.
Jelasnya, PLUS juga sedang dalam proses untuk membolehkan pengguna membuat pilihan pembayaran menggunakan TnG eWallet.
"Kaedah itu boleh membantu mengurangkan kesesakan sewaktu pembayaran di pondok tol, selain mengelakkan masalah baki pada kad TnG yang tidak mencukupi akibat pengguna terlupa untuk menambah nilai," katanya.
#PLUS #Ewallet #TNG
;