Hiburan
Akibat Tak Pakai Kasut, Tumit Kaki Anak Aidid Marcello Kena Jahit
Personaliti TV popular, Aidid Marcello mendedahkan anaknya, Iman cedera di bahagian tumit kaki sehinggakan perlu dijahit, semalam.
Menurut Aidid, kejadian tersebut berlaku akibat kedegilan Iman tidak ingin memakai kasut ketika menunggang basikal.
"Ok petang tadi cerita adik dia @ibrahimmarcello cabut 2 batang gigi kan????
"Ni cerita abang dia pulak @imanmarcello yang degei tak mau pakai kasut bila kayuh 'geghek' so bila emergency break...tebaboom!!!
"Inilah hasilnya..warna-warni hari Rabu!" tulisnya sebagai kapsyen.
Rata-rata pengikut Aidid meninggalkan komen dengan mendoakan semoga Iman cepat sembuh serta lebih berhati-hati selepas ini.
Aidil dan isteri, Norzie Pak Wan Chik telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2005 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.