Hiburan
Akma AF3 Terkandas Di Airport Gara-Gara....
Pengacara GoShop Akma Abdullah berdepan situasi perit apabila penerbangannya dan suami ke Kota Bharu terkandas setelah mengalami masalah bagasi.
Menurut Akma yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga, dia tidak dimaklumkan terlebih awal tentang polisi syarikat penerbangan tambang murah AirAsia yang tidak membenarkan membawa bagasi beroda ke dalam kabin walaupun beratnya tidak melebihi 7kg.
Menerusi laman sosial Instagram, Akma meluahkan video pengalamannya yang berdurasi hampir dua minit itu untuk tatapan umum.
“Saya dekat KLIA2, sepatutnya nak balik ke Kota Bharu. Kami sampai di depan gate, mereka kata bagasi beroda tidak dibenarkan masuk. Sekarang polisi baru, beg ini tidak boleh bawa naik kabin dan ia perlu dicheck-in. Yang boleh dibawa naik ke dalam pesawat hanyalah begpek dan beg laptop sahaja.
“Kenapa saya dah suami tidak dimaklumkan, mereka kata ini polisi baru, ada dikeluarkan di dalam website tapi, kenapa mereka tak boleh sekurang-kurangnya hantar SMS pemberitahuan kepada pelanggan supaya mereka tahu tentang perkara ini.
“Kami tak tahu dan sebenarnya ramai sangat yang terkandas tadi sampai mengamuk. Ramai yang beratur untuk daftar bagasi dan bila tiba giliran kami, kaunter check-in bagasi pula dah tutup. Mestilah orang akan marah sebab kita dah beli tiket. Kalau ada orang yang takde duit, macam mana mereka nak beli tiket penerbangan sekali lagi?
“Beritahu dengan jelaslah kalau tak boleh bawa naik bagasi. Kesian kat semua orang yang takde duit nak beli tiket baru untuk pulang,” luah Akma menerusi satu perkongsian di IGTV.
Malah bagi Akma, perkongsiannya itu bukan bertujuan untuk meminta wargamaya memboikot syarikat penerbangan berkenaan namun dia mahu memberi kesedaran kepada orang ramai jika ada yang masih belum tahu tentang polisi baru bagasi ini.
“Apa yang jadi pada saya, saya taknak ia berlaku kepada orang lain. Bila saya kongsi masalah ni, saya harap AirAsia boleh memperbaiki bahagian khidmat pelanggan mereka,” pesan Akma lagi.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, perkongsian ini mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ada yang berterima kasih atas perkongsian Akma dan ada juga yang mengecamnya kerana mendakwa polisi bagasi tersebut telah dikeluarkan sejak April lagi.
“Kalau nak travel, baca dulu T&C atau singgah website. Sekarang zaman dah moden tak perlu semua benda kena suap. Datang airport 4 jam sebelum penerbangan dan tanya pada kakitangan yang ada,” komen seorang wargamaya.
“Allahu, kesian pada korang yang kena ni. Terima kasih Akma buat video ni untul dikongsikan. Makin teruk pulak servis AirAsia ni,” kata seorang wargamaya.
“OMG AirAsia selalu buat orang macam tu tau. Info yang bagus Akma, betul la kalau ada orang yang ngam-ngam je duit beli tiket nak balik, tak ke naya. Sekurangnya bagi la notis SMS sebagai peringatan,” sokong seorang wargamaya.
“Tak profesional langsung awak ni sebagai artis duk balas-balas. Salah sendiri tak nak mengaku. Kalau datang 4 jam sebelum berlepas, tak terlepas train, tak pegi singgah makan, tak pergi tengok orang menari, tak sibuk rekod content tak bermakna ni, mesti tak terlepas kapal terbang,” tegur seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian Akma tersebut telah mendapat hampir 80,000 tontonan oleh pengikutnya.