Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ako Mustapha Dikejarkan Ke Hospital Kuala Lumpur, Kini Dirawat Di Bahagian Kecemasan

Izwan Isa 04/08/2022 | 05:40 MYT

Pelakon Ako Mustapha dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan kini di rawat di bahagian kecemasan.

Hal tersebut dikhabarkan oleh isterinya, Kartina Shuaib menerusi kemas kini terkini yang di kongsikan di akaun Instagram milik Ako.

A post shared by AkoMustaphaofficial_Tina (@akomustapha)

“Assalamualaikum... mohon doakan suami saya, Ako Mustapha. Sekarang ini dia berada di ruangan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur.
“Semoga dengan doa-doa kalian mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga dan diberikan kesembuhan buat suami saya… Amin ya rabbal alamin,” tulisnya.
Bagaimanapun, Tina tidak memperincikan dengan lebih lanjut sebab atau alasan kemasukan Ako di hospital.
Usaha Gempak untuk mendapatkan kenyataan daripada Tina juga tidak berhasil.
Terdahulu pada Februari, Ako menerusi kemas kini Instagram memberitahu yang dia positif COVID-19.
Ako berkahwin dengan Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata.

;