Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
BERITA

Aksi Azira Shafinaz DeFam Comel, Seksi Dalam Tarian Shiggy

Elrafaei Sapi 18/07/2018 | 06:32 MYT
Ramai yang mahu mencuba tarian Shiggy yang menjadi viral di media sosial termasuk aksi salah seorang anggota DeFam, Azira Shafinaz turut menarik perhatian peminatnya.
Azira yang menyahut cabaran #InMyFeelingsChallenge merakam video dengan menunjukkan aksi sedang menari.
Jika penyanyi Ezad Lazim menyifatkan tarian tersebut seperti lipas masuk dalam seluar tapi tarian Azira pula mendapat pujian netizen.
Dalam aksi berkenaan yang dimuat naik menerusi Instagramnya @azirashafinaz, Azira meniru gaya cabaran tersebut dengan keluar dari kereta yang sedang bergerak pelahan sambil menari dan video dirakam ketika pintu kereta masih terbuka.
Salah seorang netizen dikenali sebagai hasnurharun menyatakan tarian Azira itu adalah yang terbaik yang pernah ditontonnya sebelum ini.
"The best I've ever seen setakat ni!!," katanya.
Bagi seorang lagi netizen, nrfatinjiha berpandangan cara Azira menari begitu cantik.
"ulang2 tgk comel & sexsi," kata niesyasyazandrieana.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
#InMyFeelingsChallenge #Azira Shafinaz #DeFam