Hiburan
Aksi Pelakon Vampire Diaries Boikot Produk Antarabangsa Curi Tumpuan Ramai - "Saya Tak Minum Kopi Ini"
Pelakon, Michael Malarkey menarik perhatian ramai apabila menyatakan dia tidak meminum kopi daripada rangkaian jenama kopi terkenal, Starbucks.
Dalam sebuah video yang tular di media sosial, Malarkey dilihat mengalihkan kopi tersebut selepas menyedari minuman itu adalah daripada Starbucks.
“Saya minta maaf, saya tidak perasan itu adalah Starbucks.
“Saya tak minum kopi ini dan saya memboikotnya,” kata Malarkey.
Pelakon yang popular dengan drama bersiri Vampire Diaries itu turut meminta agar peminatnya melakukan perkara yang sama.
“Anda juga harus melakukan benda yang sama,” ujarnya secara ringkas.
Malah Malarkey juga meminta supaya mana-mana pihak penganjur tidak memberikannya minuman daripada jenama itu lagi.
Malarkey menjelaskan bahawa keputusannya itu adalah sebahagian daripada usaha memboikot jenama tersebut, kerana didakwa menyokong Israel.
Menjengah ke ruangan komen, peminat-peminat menyokong tindakan yang dibuat oleh pelakon berusia 41 tahun itu.
Masyarakat dunia mula memboikot jenama kopi tersebut selepas menyatakan sokongan terhadap Israel sejak konflik Palestin-Israel sejak 7 Oktober 2023.
British-American actor and The Vampire Diaries star, Michael Malarkey, refuses a Starbucks coffee and asks his fans to boycott Starbucks for supporting genocide. pic.twitter.com/RidT2vP4LQ— PALESTINE ONLINE ?? (@OnlinePalEng) November 20, 2024
Must-Watch Video