Hiburan

Aktres Dihanyut Ombak Sewaktu Aktiviti Yoga di Thailand, Sempat Ambil Foto Pra Perkahwinan

Maliah Surip
03/12/2024
07:35 MYT
Sponsor Banner
Aktres Dihanyut Ombak Sewaktu Aktiviti Yoga di Thailand, Sempat Ambil Foto Pra Perkahwinan
Seorang artis terkenal Rusia, Kamilla Belyatskaya maut selepas dihanyutkan ombak besar sewaktu melakukan aktiviti yoga di sebuah pulau peranginan terkenal di Thailand.

BERITA TRENDING: Janna Nick Minta Kongsi Waktu Sesuai Buat ‘Hot Yoga’ Di Bulan Ramadan - “Nak Buat Lepas Berbuka Takut…”

BERITA TRENDING: Will Smith Buat Yoga & Meditasi Di India

Detik-detik terakhir dan mengerikan Belyatskaya hilang dibawa ombak malah terakam menerusi siaran langsung yang dirakam wanita itu sendiri sewaktu duduk di atas tikar yoga.
Insiden berlaku di Koh Samui, Thailand. Belyatskaya maut pada usia 24 tahun dalam tragedi yang mengejutkan itu.
Lebih menyedihkan, tragedi tersebut berlaku selepas Belyatskaya melakukan sesi pemotretan pra perkahwinan bersama tunangnya. Mereka dilaporkan bakal berkahwin dalam masa terdekat.
Berita kematian Belyatskaya hanya diketahui oleh tunangnya, Grigorii Anokhin, 47, menerusi media sosial.
“Saya masih mengharapkan keajaiban tunang saya ditemui selamat. Saya sangat berduka cita. Kami akan berkahwin dalam masa beberapa hari,” katanya yang sudah lima tahun bercinta seperti dilaporkan DailyMail.uk.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Buat Salah Pun, Memang Beryoga Perlu Buka Kasut" - Atilia Jawab Isu Video Yoga Berkaki Ayam Sambil Beli Coklat

Menerusi laporan sama, mayat Belyatskaya ditemui pada 1 Disember lalu di Pantai Chewang.
Belyatskaya sebelumnya berkongsi dengan pengikut di media sosial dirinya sangat menyukai Koh Samui dan menyifatkan pulau tersebut sebagai kediamannya.

BERITA TRENDING: Anak Lelaki Pemain Drum Maut Lemas Diseret Ombak Di Bali

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024