Laman Utama
“Aku Antara Yang Solat ‘On-Off’…”- Naim Daniel Kongsi Tips Supaya Tak Tinggal Solat
Pelakon dan penyanyi Naim Daniel akui masih mencari kesempurnaan dalam mengerjakan ibadah solat.
Naim yang baru pulang dari mengerjakan umrah baru-baru ini berkongsi cara yang diamalkan supaya kewajipannya menunaikan solat tidak culas.
“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ini, aku dah jumpa satu jalan untuk buat kita tak tinggal solat.
“Kau kena wujudkan urgency (kesegeraan) untuk solat, cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat itu. Rasa macam ‘alah sayangnya kalau tinggal’. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” katanya.
Kata pelantun lagu Sumpah itu dalam satu ciapan menerusi Twitter.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yang luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita je yang rasa. Manis rupanya,” tulisnya lagi dalam ‘thread’ yang sama.
Naim memberitahu perkongsian itu dibuat khas untuk mukmin yang belum sempurna solat hariannya sama seperti dirinya juga.
“Aku cakap begini sebab aku antara orang yang solat ‘on off’ itu, nak wujudkan rasa pentingnya solat tu sendiri sebab itu aku wujudkan urgency dalam diri nak latih diri.
“Kalau iman seseorang itu memang sudah solid (sekukuh) batu-bata kemudian tak payahlah amalkan benda ini,” jelasnya lagi.