Hiburan
“Aku Dapat Dengan Cara Adil” - Naomi Campbell Tak Curi Sut PPE Tapi Sebenarnya ...
Supermodel terkenal Naomi Campbell mendedahkan dia membeli kesemua sut pakaian perlindungan diri (PPE) dalam kuantiti yang banyak kerana ketakutan ekoran pandemik Covid-19.
Kata Campbell, 50, dia turut mendaftarkan servis untuk membeli sut terbabit kerana risau stok akan kehabisan.
Dalam masa sama, Campbell menafikan tuduhan dia telah mencuri sut PPE dari kakitangan perubatan dan menegaskan telah membeli kesemuanya secara atas talian dengan adil dan saksama.
"Ada masanya sut PPE yang saya tempah tidak sampai kerana kehabisan stok. Saya menjadi panik walaupun saya tak pergi kemana-mana pun.
"Ramai yang menganggap saya mencuri bekalan dari hospital apabila membaca komen-komen netizen.
"Jadi, saya tampil menjawab kepada orang ramai bahawa saya membelinya dari Amazon! Amazon! Saya belinya dengan cara adil dan saksama," katanya dalam satu temubual bersama WSJ. Magazine.
Campbell yang sering memakai sut PPE ketika berada di tempat awam mendapat kecaman netizen hingga ada yang beranggapan supermodel itu sepatutnya mendermakan bekalan yang dimilikinya kepada pihak hospital.
Sumber: Dailymail