Laman Utama
“Aku Jaga Wad, Bercampur Pesakit COVID Tapi Masih Swab Negatif” – Pemuda Saran Pakai PPE, Ini Reaksi Netizen
Peningkatan penularan jangkitan COVID-19 saban hari mula membimbangkan rakyat Malaysia.
Menerusi laman sosial Twitter, rata-rata netizen meluahkan kerisauan mereka menerusi ciapan di akaun masing-masing.
Bagaimanapun, satu ciapan yang dicoret oleh seorang individu dengan id @ImanAzlan11 mendapat perhatian ramai.
Menurut ciapannya, Iman mencadangkan orang ramai memakai kelengkapan perlindungan diri (PPE) sebagai langkah keselamatan.
Ternyata cadangan tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen.Kadang aku teringin nak tahu macamana people contracted COVID ni so easily. I mean aku jaga ward covid, bercampur dengan semua patient COVID tapi still swab negative. I think it has something to do with the full PPE i’m wearing.Should we introduce that to the massess?— Iman Azlan (@ImanAzlan11) October 5, 2020
I think maybe lack awareness of what not to touch. Banyak focus at pakai mask and social distancing tapi lupa kalau pegang public stuffs (pintu/pen/etc) then pegang mata/mulut/hidung pun boleh contract the virus.— zuwwue (@juraikha) October 5, 2020
Hard to do that. Pakai mask pun susah. Nak pakai PPE? Some lads are still smoking in mamak restaurants for heaven’s sake. We need enforcement, not reminders. That’s why we managed to flatten the curve the first round— zach (@zachariah_TT) October 6, 2020
Terdahulu, perkembangan terkini penularan COVID-19 di Malaysia merekodkan sebanyak 691 kes baharu sekaligus merupakan yang paling tertinggi semenjak pandemik melanda negara.Yes biar semua org rasa sedap ke tak pakai ppe spnjang hari— ar (@AbdulRa67529219) October 6, 2020
Setakat semalam, terdapat empat kes kematian baharu dilaporkan dan salah seorang daripadanya merupakan seorang bayi perempuan warga tempatan berumur setahun yang disahkan positif pada 5 Oktober sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 4.25 petang.
Dr Noor Hisham juga menjalani kuarantin kendiri di kediamannya berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lepas yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19.
Must-Watch Video