Berita

"Aku Speaking Ikut Cara Aku Lah..Lantak!" - Azah Aziz Berang Dikecam Tak Mahir Bahasa Inggeris Walau Duduk Kanada

ZULHILMI JALIL
17/12/2019
05:21 MYT
Sponsor Banner
"Aku Speaking Ikut Cara Aku Lah..Lantak!" - Azah Aziz Berang Dikecam Tak Mahir Bahasa Inggeris Walau Duduk Kanada
Pelakon terkenal era 90-an, Azah Aziz berang apabila terdapat individu yang mengkritik dirinya yang gagal bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik walaupun tinggal di luar negara hampir dua dekad.
Azah atau nama sebenarnya, Norazah Aziz, 46, meluahkan hal tersebut menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya.
"Kau ni tak ada kerja ya? Komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke. Aku cakap bahasa Perancis nanti kau kata aku berlagak, nanti kau tak faham pulak.
"Aku speaking ikut cara aku lah. Lantak..orang Kanada faham pun, pasal kau nak sibuk. Ramai orang Kanada bercakap (Bahasa Inggeris) berterabur gak. Kau tu je yang tak pernah pergi luar negara kot. Konon duduk Malaysia kenalah cakap dan menulis bahasa Inggeris dengan betul," tulisnya.
Azah turut berkongsi paparan mesej oleh individu yang mengkritik dirinya.
Kau ni tak de kerja yee..komen aku speaking berterabur ke tulis berterabur ke..aku berterabur pun kau kecam , aku speaking French kang kau kata aku berlagak,kang kau tak faham lakk.. aku speaking buat2 slang kang kau kata aku berlagak..aku duk oversea lama2 klu aku speaking berterabur pun kau kecam..aku org kg baru, aku tak berlagak cam org2 duk m'sia tu, acah2 slang speaking, tak reti cakap melayu..sodehhhh... Aku speaking ikut cara aku leer.. lantakkk..org2 canada faham pun,pasal kau nak sibuk.ramai org2 kat Canada speaking berterabur gakkk..cam Mexican,Indonesian, Italian, French, Korean, Japanese,Filipino ..semua klu speaking English berterabur gakkk... kau tu jeer tak pernah gi oversea kut, konon duk m'sia kenalah speaking or write proper English keee...sodehhh hidup kau dikk...?✌ Bff aku @shieraijoy tu memang dia terror speaking, lepas blik London terus dia speaking London kan..? tapi dia tak berlagak, .. kang aku nak ajar dia speaking french lakkk sebelum dia dtg sini,mesti berterabur kann ?? luv u n miss u shiera ???
A post shared by Norazah Aziz (@azahmontreal) on
Individu tersebut turut membandingkan Azah dengan pelakon Sharifah Shahirah.
"Saja nak tanya kenapa Kak Azah duduk luar negara berpuluh-puluh tahun tapi masih tak pandai speaking, tatabahasa pun berterabur sana sini letih nak kutip.
"Terbalik pula dengan Sharifah Shahirah. Dia tak ada pula duduk luar negara, daripada dulu meringkuk aja dia kat rumah belakang zoo negara tu, tak pernah dengar dia pindah Paris ke Kanada ke, tapi pandai pula dia speaking," tulis individu berkenaan.
Perkongsian Azah itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya yang meminta agar Azah tidak mengambil endah dengan apa yang diperkatakannya.
Bahkan, aktres Sharifah Shahirah turut menyifatkan tindakan individu berkenaan membandingkan dirinya dengan Azah sebagai satu perkara yang mencuit hati.
"Apoo..tu pun jadi isu. Kita berlagak je tipu-tipu cakap omputih..hahaha. Dia tertipu dengan kau. Suruh dia duduk dengan keluarga kau. Dia faham ke tidak. Wei kelakar..haha. lawak pepagi," tulisnya di ruangan komen.
Selain menetap di Kanada, bekas finalis Dewi Remaja 1987/1988 itu juga pernah tinggal di Perancis dan London bersama suaminya Daud Leroy dan tiga anak lelakinya iaitu Aaron, Ryan dan Justin.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar