Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Aku Takkan Pernah Halalkan Dunia Akhirat, Apa Yang Kau Buat Kat Isteri Aku!" - Aliff Aziz

Umirah Halim 12/05/2024 | 06:30 MYT

Penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz tampil bersuara mengenai isu membabitkan aktor, Muaz Zabir dan isterinya, Bella yang dipercayai berlaku curang.

Aliff tercabar

Menurut Aliff, dia berasa tercabar apabila Muaz tidak menceritakan perkara yang sebenar apabila ditemubual oleh pihak media mengenai kontroversinya baru-baru ini.

“Orang cakap saya ketengahkan isu Muaz dan Bella sebab saya nak tutup isu saya. Tiada apa yang saya nak sembunyi cuma saya rasa tercabar dan kecewa apabila dipetik secara public sedangkan antara saya dan dia (Muaz) tiada sebarang closure (pengakhiran) pun, saya cuma beri closure kepada isteri saya.

“Dia (Muaz) cakap dekat media dia malas nak tunjuk apa yang saya dah maki hamun. Walhal, saya tiada maki hamun pun saya cuma hantar mesej panjang lebar dan dia reply kemudian block saya.

“Jangan cuba nak petik nama saya dan persoal kenapa saya ada nombor dia, saya tak nak contact dia.

“Kau buat hal dekat bini orang, aku sebagai suami nak kena contact kau? Contact kau dapat apa?,” tegas Aliff menerusi satu temubual di sebuah rancangan hiburan tempatan.

Mesej untuk Muaz

Sementara itu, Aliff turut sempat menitipkan mesej tegas kepada Muaz supaya mengunci mulut mengenai perihal rumah tangganya dan Bella.

“Kepada semua orang diluar sana yang cakap saya buat hal 11 kali curang sedangkan Bella baru sekali curang dengan dia, tapi it’s not about that.

“Sekadar dengar keluhan buat dia jealous, jadi saya bercakap sebagai suami, biarpun saya bekas banduan jahat macam mana sekalipun dia tidak memberi engkau hak untuk buat apa yang kau buat.

“Aku tahu apa kau buat, kau tahu apa kau buat. Engkau nak aku yang bagitahu ataupun kau yang bagitahu. Antara aku dengan kau tiada penyelesaian apa-apa kalau betul kau gentleman, next time ada orang interview cakap betul-betul apa yang kau buat.

“Ini adalah mesej untuk kau supaya kau tolong senyap pasal hal rumah tangga aku, aku takkan pernah halalkan dunia akhirat, apa yang kau buat kat isteri aku,” tambah Aliff lagi.

Sebelum ini, Muaz Zabir memaklumkan bahawa dia dan Aliff sudah pun mencapai kata sepakat berkaitan isu mereka pada November 2023 dan pelik mengapa perkara berkenaan masih diungkit.

Dia juga mencabar Aliff agar menjadi lelaki sejati untuk bertemu dengannya memandangkan mereka pernah berhubung.

Imbas semula, pada 13 Mac lalu, isteri Aliff iaitu Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres terhadap selebriti asal Singapura itu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

la susulan Aliff dan pelakon Ruhainies dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu.

Aliff bagaimanapun enggan menceraikan Bella pada sebutan kedua kes tersebut pada 4 April lalu kerana masih sayangkan isterinya.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu muncul beberapa foto mesa di antara Bella dan Muaz yang didakwa turut berlaku curang.

Bella bagaimanapun tidak menafikan perkara tersebut namun memberitahu hubungan mereka sekadar ingin membuat Aliff berasa cemburu.

Malah perbuatannya itu turut diketahui keluarga kedua-dua belah pihak dan isu tersebut sudah pun selesai.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna yang berusia 3 tahun.

Berita Trending: "Benda Dah Settle Kenapa Nak Ungkit Lagi?" - Muaz Zabir Bidas Kenyataan Aliff Aziz!

Berita Trending: Aliff Aziz; Pendosa Yang Jujur Atau Pembohong Yang Munafik?
#Bella Astillah #Ruhainies #Aliff #Aziz #Curang #Penyondol #Muaz Zabir
;