Laman Utama
“Aku Yakin Allah Maha Mengadili” - Wanita Sebak Anak Angkat Dirampas Ibu Kandung Lepas 13 Tahun Bersama
Tular di Platform X tentang seorang ibu meluahkan rasa sedih selepas anak angkatnya yang dijaga dari kecil dirampas oleh ibu kandung remaja itu sendiri.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, wanita itu melafazkan rasa sebak berkaitan anak angkatnya (Uzma) yang dirampas oleh ibu kandung sendiri setelah 13 tahun membesar bersama keluarga angkat.
BERITA TRENDING: “40 Minit Anak Merintih Macam Ayam Kena Sembelih, Dia Boleh Tengok Sahaja…” - Bapa
“Bayangkan 13 tahun dia dengan kami, tak pernah dengan ibu kandung, kalau ibu kandung cakap dari kecil nak ambil, kenapa dari dulu tak beritahu.
“Dia minta aku jaga, yang mana aku tak pernah dedahkan. Aku takkan lupa kali pertama kau minta bantuan aku, tapi aku yakin, Allah Maha Mengadili apa pun yang terjadi,” tulis wanita itu.
Perkongsian itu turut meraih perhatian netizen di mana majoriti menyuarakan rasa tidak puas hati dengan sikap ibu kandung remaja tersebut.Time budak tu kecil ko tak mau jaga.. Bila dah besar suka suka ja mau ambil balik. pic.twitter.com/VKRW1YVBjf— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) December 16, 2023
“Kalau aku pun aku tak bagi. Dah jaga elok-elok dari kecik. Sihat tubuh badan. Dah besar baru ada akal nak ambil. Mentang dah besar senang jaga. Asal awal-awal dulu taknak ambil?,”
“Sejenis mak yang tak guna! Dia ingat budak tu tak terkesan ke? Dia ingat lepas dia ambil balik, budak tu akan suka dia?,”
“Orang tu dah jaga elok anak kau, datang kau tarik-tarik budak tu macam tu. Ibu jenis apa sanggup buat anak macam tu.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu mendapat lebih 800,000 tontonan dan 4,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Must-Watch Video