Laman Utama

“Ala Kecik T*T*k Awak Ni”- Pernah Dituduh Tak Boleh Menyusu, Ayda Jebat Buktikan Rezeki Datang Dari Allah

Syafiqah Jalal
13/07/2022
05:02 MYT
Sponsor Banner
“Ala Kecik T*T*k Awak Ni”- Pernah Dituduh Tak Boleh Menyusu, Ayda Jebat Buktikan Rezeki Datang Dari Allah
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mendedahkan berat badannya kini lebih ringan berbanding sebelum hamilkan anaknya, Ana Nayla.
Berat terkininya 43 kilogram (kg) adalah lebih ringan 3kg berbanding sewaktu dia masih bujang.
Ayda mendedahkan perkara itu di dalam Insta Story di Instagram miliknya ketika diajukan soalan dalam Q&A (soal jawab) pada minggu lalu.
“Banyak tanya mengenai berat badan. Susah juga nak jawab. Untuk pengetahuan saya makan banyak sangat. Kejap kejap makan.
“Baby masih menyusu perut asyik bunyi (lapar) je. Pukul 2 atau 3 pagi pun saya hentam makan.
“Orang kata metabolism tinggi. Oh kerja saya heavy duty juga ke sana ke sini. Penat. Mungkin la.
“Overall saya tiada jawapan bagaimana nak turunkan berat badan. Tapi ibu-iubu jangan focus sangat nak turun berat badan okay? Yang penting sihat,” jawabnya.
Banyak persoalan serta tip keibuan yang dikongsikan oleh isteri kepada Nabil Mahir itu.
Selain itu, dia turut berkongsi tips bagaimana boleh menyusu secara penuh meskipun anaknya sudah berusia sembilan bulan.
“Saya dah lama tak minum booster (penggalak susu). Tapi daripada tak makan sayur sekarang saya makan. Dan hanya enjoy the food la. Paling penting jangan stress nanti susu tak banyak.
“Dan mommies jangan risau kalau your boobs size comel, sebab susu tak bergantung pada size boob Hahah. Ada yang selambak tapi tak ada susu. Tu kira rezeki Allah bagi.
“Sebab dulu saya ingat lagi ada makcik ni cakap ‘ala kecik t*t*k awak ni’ nanti mesti tak ada susu itu mitos. Doa banyak pada Allah nak banyak susu. Insya-Allah susu bukan datang dari Makcik Hantu Tetek,” jawabnya.
Ayda dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan mereka dikurniakan cahaya mayta pada 21 September lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar