BERITA

“Ala Setakat Cover Dengan Emoji Love Buat Apa, Baik Tutup Aurat Tu Betul-Betul”- Foto Seksi Nadiyah Shahab Dikecam

Syafiqah Jalal 06/08/2018 | 05:02 MYT
Sekeping foto pelakon Nadiyah Shahab menutup sebahagian dadanya yang terdedah dengan emoji bentuk hati di laman Instagram (IG) telah mendapat perhatian netizen.

Rata-rata pengikut di IGnya menyifatkan imej Nadiyah Shabah sebagai seksi.

Namun terdapat komen yang menjadi perhatian Nadiyah sehingga membuatkannya bertindak membalas.

“Ala setakat cover dengan emoji love buat apa, baik tutup aurat tu betul-betul,” tulis seorang netizen di entri foto tersebut.

Nadiyah tidak berdiam diri malah terus menjawab.

“Tutup salah, tak tutup salah,” tulisnya.

Tidak cukup dengan itu, Nadiyah turut menerima komen berbaur lucah.

“Lain kali dm (direct mesaage) lah gambar macam ni,” tulis salah seorang pengikut lelaki.

Nadiyah terus mendakwa lelaki tersebut sebagai lucah.

“Pervert,” balasnya.

Namun terdapat juga yang memuji kecantikan wajah Nadiyah.

Foto: IG Nadiyah Shahab
Teks oleh: Syafiqah Jalal