Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Alahai Si Playboy Ni, Ingatkan Sanggup Main Hati Perempuan Je, Mencuri Pun Sanggup”- Reaksi Netizen Selepas Nelydia ‘Tweet’ Pencuri Barang Kemas Pusaka Ibu

Fiza Kamarudin 12/01/2020 | 12:56 MYT
Pelakon Nelydia Senrose pada Sabtu, telah menulis ciapan mengenai seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Badrul Hisyam Azmi yang didakwa telah mencuri barang kemas ibunya di laman sosial Twitter.
Menerusi ciapan tersebut Nelydia mendedahkan lelaki yang juga pelajar Universiti Islam Antarabangsa, Gombak itu bukan setakat mencuri barang kemas ibunya tetapi turut mengambil duit mereka sekeluarga.
Nelydia turut berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati dengan individu terbabit supaya tidak menjadi mangsa seterusnya.
Ciapan Nelydia telah mengundang pelbagai reaksi warga Twitter yang mendakwa mengenali lelaki tersebut.
Ada juga yang mengakui pernah ditipu dan tidak menyangka lelaki itu tidak berubah dan terus-menerus mencari mangsa dan memperdayakan mereka.
Selain mengakui lelaki didakwa Nelydia sebagai pencuri, warga net yang mengulang kicau ciapan pelakon tersebut memberitahu suspek juga merupakan seorang playboy.
Sementara itu adik Nelydia yang juga seorang pelakon Raysha Rizrose turut memuat naik posting sama di laman sosial Instagram (IG)nya.
Menerusi ruangan kapsyen, Raysha telah menerangkan dengan lebih terperinci mengenai lelaki berusia 22 tahun itu.
“Dia berkawan rapat dengan kami satu family selama DUA TAHUN. Perwatakannya yang lemah lembut, tak banyak cakap, ringan tulang telah memperdaya kami. Rupanya dia duri dalam daging.
“Selama dua tahun tu memang selalu perasan banyak barang hilang tapi kami tak ada bukti yang kukuh dan tak nak ada syak wasangka dan menuduh sebarangan.
“Tapi makin lama makin banyak barang barang yang berharga hilang dan mama setiap malam tak miss solat hajat untuk diberikan petunjuk.
“Alhamdulillah Allah makbulkan doa mama and tak lama lepas tu dia tertangkap dan telah MENGAKUI sendiri semua perbuatannya selama dua tahun itu. Kuasa Allah…,” tulisnya.
Tambah Raysha lagi dalam tempoh dua tahun itu terlalu banyak kecurian yang telah dilakukan lelaki tersebut kepada keluarga mereka termasuk mencuri barang kemas harta pusaka ibunya.
“Yang paling sedih kami diberitahu dengan bukti yang diberikan bahawa barang kemas harta pusaka mama yang dia curi itu telah pun dijual dan dilebur, tak dapat ditebus balik.
“Jumlah kehilangan memang sangat banyak (tak dapat dinyatakan). Kami layan dia dengan sangat baik dah siap anggap macam family rupanya dia ambik kesempatan atas kebaikan kami sekeluarga,” katanya.
Raysha turut memberitahu laporan polis telah dibuat dan telah menyerahkan bukti yang boleh mengaitkan lelaki tersebut dengan dakwaan mereka.
#Nelydia Senrose #Tipu
;