Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Alamak! Ada Pelanggan Termakan Kek Najis Lembu! Walaupun Tujuan Produk Untuk...

Asraf Aided 24/01/2021 | 06:31 MYT
Najis lembu sememangnya digunakan secara meluas di negara India bagi tujuan memanaskan rumah dan keagamaan.
Oleh itu, penjualan kek najis lembu atau cow dung cake agak popular di beberapa laman web jualan online.
Baru-baru ini, seorang pelanggan di laman web jualan Amazon mencuri perhatian ramai apabila meninggalkan komen dia telah memakan produk tersebut. Malah, individu berkenaan juga menyarankan pihak penjual untuk mementingkan aspek kebersihan ketika menghasilkan produk itu kerana mendakwa rasanya sangat teruk.
"Apabila saya makan, rasanya sangat teruk, ia seperti berumput dan lumpur, sila pentingkan aspek kebersihan ketika menghasilkannya," tulisnya.
Dalam pada itu, individu tersebut juga meminta pihak penjual untuk mementingkan kerangupan dan rasa produk itu walaupun sebenarya, laman web berkenaan telahpun menulis produk itu adalah untuk kegunaan keagamaan.
"Selain itu, sila beri perhatian kepada aspek rasa dan kerangupan produk ini," tulisnya lagi.
Kek najis lembu diperbuat menggunakan najis lembu dan rumput lalu dikeringkan di bawah sinaran matahari. Ia selalunya dibuat oleh golongan wanita yang tinggal di kawasan pedalaman negara itu.
Sumber : indiatimes.com
Kredit Foto : mashable.com & timesnownews.com
#Amazon #Cow Dung Cake #Kek Najis Lembu
;