Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Alamak! Ayah Pun Ada Hubungan Dengan Mak Girlfriend? Makin Dramatik Gossip Girl Indonesia, Rugi Tak Tengok!

Hanafis Haris 22/02/2022 | 08:30 MYT

Episod tiga Gossip Girl Indonesia yang ditayangkan malam semalam telah membuka pelbagai rahsia yang tidak disangka-sangka.

Paling mengejutkan, ayah Danny rupanya mempunyai hubungan mesra dengan ibu kepada Serena sebelum ini.

Bayangkan jika Danny dan Serena mengetahui hubungan berkenaan?

Selain itu, episod semalam juga telah membuatkan ramai penonton tersentak apabila Blair dengan sengaja menuduh Serena mempunyai masalah ketagihan dadah.

Apa yang lebih teruk, tuduhan itu dibuat secara terbuka di hadapan pelajar sekolah dan tenaga pengajar.

Walau bagaimanapun, adik kepada Serena iaitu Erik telah memberanikan diri berdepan secara terus dengan Blair untuk menjelaskan perkara sebenar.

Jadi, apakah kesudahan ‘perang’ antara Blair dan Serena?

Anda perlu tonton episod ketiga menerusi On Demand jika terlepas tayangan malam semalam.

Untuk makluman, Gossip Girl Indonesia membawakan cerita tentang remaja dari keluarga golongan sosialit, Serena Darsono yang bersahabat baik dengan Denny Hakim, Jenny Hakim, Blair Hadiningrat, Vanessa, Nathaniel Siregar, dan Chicco Salim. Serena merupakan gadis popular di sekolahnya dan telah menghilangkan diri tanpa khabar berita.

Sejak itu, sahabat baik Serena iaitu Blair telah mengambil tempat Serena. Apabila Serena kembali, kedua-dua mereka dilihat baik, namun hakikatnya tidak dan tercetus persengketaan. Dalam pada itu, gerak-geri mereka telah diawasi oleh akaun Instagram terkenal @GossipGirl.Indo.

#Viral #Gossip Girl Indonesia #GossipGirl.
;