Alamak Letak Cheese Atas Milo? Sedap Atau Meloyakan?
Rakyat Malaysia dengan menu aneh dan unik sememangnya tidak boleh dipisahkan.
Ada saja yang bahan tambahan yang dijadikan eksperimen dalam sesuatu menu.
Terbaru, minuman kegemaran ramai iaitu Milo telah ditambah dengan satu bahan popular iaitu keju atau cheese.
Menu ini mula viral apabila ia dimuat naik oleh seorang pelanggan yang berkunjung ke Restoran Aliff di Sri Petaling.
Walaubagaimanapun reaksi orang ramai dilihat agak bercampur baur.
Ada yang tak sabar untuk mencuba rasa menu ini kerana agak unik dan baru.
Namun, tidak kurang juga yang menyifatkan ia terlalu meloyakan.
Anda boleh lihat antara reaksi netizen di bawah.
ONLY ALIFF
Posted by Restoran aliff on Friday, July 24, 2020
Difahamkan, selain milo cheese, Restoran Aliff turut menawarkan menu unik lain seperti roti ular, roti KLCC dan banyak lagi.
Jika teringin, anda bolehlah berkunjung ke sini.