Viral
Alami Kontraksi Selama 2 Jam, Wanita Ini Tak Sengaja Beranak Dalam Kereta
Setiap ibu mengandung pastinya menginginkan kelahiran yang sempurna bagi cahaya mata yang bakal tiba.
Akan tetapi, lain pula ceritanya bagi seorang ibu ini apabila dirinya didapati melahirkan anak di dalam kereta.
"Memori paling indah buat saya dan suami
Menerusi kapsyen video TikTok yang dimuat naik, wanita itu menerangkan bahawa dirinya hampir melahirkan cahaya mata keduanya tersebut di dalam lif namun bersalin secara tidak sengaja setibanya dia di kereta.
“3 Mei 2024, tak dijangka dan memori paling indah buat saya dan suami. Saya hampir melahirkan bayi di dalam lif tetapi bersalin secara lengkap di dalam kereta,” tulisnya.
@amirajeffri 030524 unexpected and the best memories for me & husband ?? baby was delivered halfway lif and inside the car.♬ Photograph - <3
Alami Kontraksi Kuat Selama 2 Jam
Dalam satu sumber lain, wanita yang dikenali sebagai Amira itu difahamkan mengalami kontraksi yang kuat selama dua jam.
Tambah Amira lagi, air ketubannya pecah ketika berada di dalam lif pangsapurinya di Johor. Jelasnya, kesakitan yang dialami sangat teruk sehinggakan membuatkan dirinya sukar untuk berjalan.
“Kami (Amira dan suami) turun dari tingkat 28 ke parkir kereta di tingkat lima, saya mula bersalin semasa berdiri di dalam lif. Saya bertahan sehingga kami sampai di kereta, tetapi sampai sahaja di situ, kepala anak saya sudah pun keluar,” kongsinya.
BERITA TRENDING:Guna Taktik Kopi Campur Racun Tikus, Wanita Ditahan Polis Cuba Bunuh Anak Tiri
Perkongsian indah itu meraih lebih 600,000 tontonan di mana rata-rata netizen mengucapkan tahniah serta ada segelintir yang menzahirkan rasa kebimbangan terhadap Amira.
“Steady, apa-apapun tahniah!”
“Bangga gila! Bukan senang ya nak teran dalam kereta ni,”
“Kena jahit banyak tak?”
“Masa dalam kereta dengan baby tu sakit sangat tak?”
Setakat artikel ini ditulis, entri itu mendapat lebih 30,000 tanda suka di Platform TikTok.
Sumber: WORLD OF BUZZ/TikTok
Must-Watch Video