Laman Utama

Alami Sakit Kepala Yang Teruk Selepas Czer, Syatilla Melvin Dimasukkan Ke Hospital - “Serik Ya Allah..”

Azwa Rahman
12/05/2022
23:04 MYT
Sponsor Banner
Alami Sakit Kepala Yang Teruk Selepas Czer, Syatilla Melvin Dimasukkan Ke Hospital - “Serik Ya Allah..”
Selepas empat hari melahirkan anak ketiga menerusi kaedah pembedahan ‘czer’, Syatilla Melvin dimasukkan ke hospital selepas mengalami spinal headache attack.
Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau lebih mesra disapa sebagai Tilla, 31, berkongsi keadaan terkininya yang berada di dalam wad hospital.
Menurut Tilla, dia tidak dapat menguruskan bayinya seperti menyusu apabila diserang sakit kepala yang teruk akibat prosedur perubatan sewaktu pembedahan.
“Hari keempat czer, tumpas lagi. Ke pangkuan hospital balik.
“Kena spinal headache attack yang sangat teruk. Tak boleh bangun, tak boleh susu baby even tak pegang baby sangat pun.
“Serik Ya Allah, doakan Tilla,” tulis isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu di ruangan kapsyen.
Pada masa yang sama, pemilih nama sebenar Siti Nur Syatilla Amirol Melvin ini memohon doa orang ramai agar dia diberikan kesembuhan.
Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya menitipkan doa dan ucapan cepat sembuh buat Tilla.
Tidak kurang juga ada yang turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah berdepan masalah yang sama selepas proses bersalin.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.
Pagi Isnin lalu, Gempak melaporkan Syatilla selamat melahirkan bayi ketiga mereka secara pembedahan di Hospital Ampang Puteri, Selangor.
Pada Rabu, Tilla dan Sam mengumumkan nama dan wajah anak ketiga mereka untuk tatapan umum.
Untuk rekod, Sam dan Syatilla berkahwin pada 8 Februari 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak sulung lelaki, Syeriv Samheizy, 5, dan anak kedua Sarima Samheizy, 3 tahun.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar