Viral
"Alangkah Indahnya Kalau Daddy & Omma Bersatu Kembali" - Peminat Doa Ally Iskandar & Farah Lee Rujuk Semula?
Perkongsian foto throwback hari jadi anak pasangan Ally Iskandar dan Farah Lee, Maream Esabel baru-baru ini mencetuskan rasa gembira bagi netizen.
Mana tidaknya, rata-ratanya mendoakan agar pasangan yang telah bercerai pada Ogos 2016 itu kembali bersatu.
"Alangkah indahnya kalau Omma dan Daddy bersatu kembali," tulis @hafida_hamzah.
"Semoga hubungan Akak dan Abang Ally berakhir dengan kebahagiaan bersama. Tak salah kan mencuba bina hubungan buat kali kedua," tambah @mummy_hoo.
Malah, ada yang memuji sikap profesionalisme Ally dan Farah yang sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Maream yang sedang membesar.
Farah kini berhijrah ke United Kingdom untuk menyambung pelajarannya peringkat sarjana.
Dibawa bersamanya, Maream yang kini memasuki usia empat tahun.
Dalam perkongsian throwback foto hari jadi Maream keempat baru-baru ini, Farah menulis kapsyen seakan-akan memberi bayangan masing-masing sudah berpunya.
"Mungkin kami tidak berdaya membagi kami keluarga yang sempurna, tapi kasih Maream, akan sentiasa Omma dan Daddy sempurnakan.
"Mana tahu kot-kot terlebih nanti, bila Maream ada Omma dan Daddy kuasa dua," tulisnya bersama hashtag #DaddyBaru, #OmmaBaru, #DiaBolehExtraEmpatOmma dan #CukupKorumDaddy.