Laman Utama

Alasan Aedy Ashraf Selalu ‘Belanja’ Body Di Media Sosial, Seram Terima Gambar Ekstrim Lelaki & Perempuan

Maliah Surip
31/12/2022
02:55 MYT
Sponsor Banner
Alasan Aedy Ashraf Selalu ‘Belanja’ Body Di Media Sosial, Seram Terima Gambar Ekstrim Lelaki & Perempuan
Tidak dapat dinafikan, pesona aktor Aedy Ashraf bukan hanya ada pada bakat besar yang dimilikinya sebagai pelaku seni.
Suka atau tidak, khalayak juga harus mengakui faktor x yang ada pada aktor tersebut adalah wajah kacak dengan sepasang mata tajam, bentuk bibir, tubuh kekar, penampilan santai serta karakternya yang tidak terlalu ‘lapar perhatian’.
Aedy yang akan mencapai usia 30 pada tahun depan bijak membawa dirinya dalam industri seni sejak menjadi bintang kanak kanak, khidmatnya masih diperlukan banyak produksi sehingga kini.
Bagaimanapun pemain watak Putra di drama Kudeta ini mengaku penglibatannya dalam dunia glamor terjadi secara semula jadi kerana ibunya merupakan pelaku seni.
Ironi kata Aedy yang ditemui Gempak lewat temu bual eksklusif pada bulan lalu ini, dirinya seorang Introvert dan menjadi pusat perhatian bukan sesuatu yang digemarinya.
Lantas saat ditanya bagaimana seorang Introvert boleh ‘tidak lemas’ dalam dunia penuh sensasi dan aksi aksi yang dimuat naik dalam media sosial terkadang mengundang kontroversi, pemuda ini menjawab santun.
“Hakikatnya saya seorang Introvert yang terperangkap dalam dunia extrovert. Saya tidak banyak bercakap dan terus terang tidak mahu keluar dari zon selesa saya.
“Saya tidak suka perhatian sampai tak pernah raikan ulang tahun, jadi kalau ada dalam kalangan rakan buat sambutan saya akan marah.
“Tapi saya ini pelaku seni. Sebenarnya apa yang dilihat di sosial media bukan diri saya yang sebenar, semuanya. Kontra dengan sikap saya yang tidak suka perhatian, saya punya komitmen kerja dan kebanyakan yang dilihat dalam media sosial adalah urusan kerja.
“Soal ‘belanja’, saya akan lakukan atas dasar selesa, tidak melampaui batas dan komitmen kerja untuk kekal relevan dalam ‘game’ dunia masa kini,” katanya penuh hemah.
Memiliki 905,000 pengikut dengan 246 muat turun pelbagai foto yang kebanyakannya bersifat komitmen kerja dan aktiviti kegemaran termasuk yang terbaharu meluncur air (surfing), Aedy mengaku dirinya kerap menerima hantaran ‘pelik’ dan ekstrim daripada netizen.
Tanpa berdalih, dia mengatakan menerima hantaran gambar pelik, melampaui batas yang disifatkannya sebagai ‘gila’ serta mesej peribadi (DM) dalam kalangan netizen lelaki dan perempuan.
“Saya seram dan terkejut kerana tidak sangka ada manusia yang gila dan ekstrim sehingga menghantar gambar pelik pelik atau DM yang bukan bukan.
“Ia datang dari lelaki dan perempuan yang kebanyakannya dari budak sekolah, remaja dan sekitar 35 tahun.
“Apabila terjadi hal sebegini, ia membuka mata saya ada banyak manusia yang ekstrim sehingga kadang ia menjadi idea dan dituangkan dalam lakonan saya,” katanya tanpa mendedahkan gambar pelik dan ekstrim yang diterima saban hari.
Aedy juga mendedahkan di sebalik ‘keterbukaannya’ di media sosial, dia pernah terluka dengan komen yang ditinggalkan netizen kepadanya.
Komen komen kurang membina yang dilemparkan pada tahun 2018 saat dia membintangi siri adaptasi popular Sanay Wala Nang Wakas kepada Cinta Tiada Ganti pernah membuat dia jauh hati dengan dunia media sosial.
“Walaupun media sosial penting, tapi saya pernah ‘berehat’ beberapa bulan dari bermain atau melihatnya kerana down dengan kritikan peminat terhadap lakonan dalam Cinta Tiada Ganti yang dibandingkan dengan pelakon dan siri asalnya, Sanay Wala Nang Wakas.
“Lama juga saya berehat, tapi kemudian saya kembali dan sekarang menggunakan media sosial hanya untuk komitmen kerja serta sesekali ada perkembangan diri terutama kongsi hobi saya,” akuinya.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar