Viral
Aleeya Zailan Dedah Alami Sakit Tekak Selepas Insiden Termandi Air Kotor Di Sebuah Hotel - "Risau, Berita Mayat Dalam Tangki Pun Kita Pernah Dengar"
Usahawan kosmetik Aleeya Zailan berkongsi pengalaman dia dan keluarga termandi air kotor di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, baru-baru ini.
Bercakap kepada gempak, Aleeya berkata dia dan keluarga serta beberapa pekerjanya terpaksa menunggu selama 3 jam untuk masalah tersebut selesai.
Dalam pada itu, Aleeya juga meluahkan kebimbangan dengan kes seperti penemuan mayat dalam tangki air.
"Air yang keruh itu bukan hanya bilik kami sahaja, tapi ketujuh-tujuh bilik yang kami sewa. Kami buka semua paip.
"Kami terpaksa menunggu selama tiga jam untuk mendapatkan air yang bersih. Sepanjang menadah air macam-macam dalam fikiran kami.
"Bukan kita tak pernah dengar kes mayat dalam tangki," katanya ketika ditemui.
Aleeya ditemui pada majlis pelancaran produk Sun Spectrum + oleh Avenys, baru-baru ini.
Kongsi Aleeya lagi, dia turut memaklumkan pihak hotel ada memberi diskaun namun tetap bimbang dengan tahap kesihatannya dan keluarga selepas insiden tersebut.
"Staf di sana bagus-bagus mereka juga cuba membantu namun masih sama.
"Mereka juga beri kami diskaun untuk satu malam bagi semua bilik. Tapi mengapa sampai 3 jam air itu keruh?.
"Isunya bukan duit tapi kesihatan saya dan keluarga selepas ini, nak pergi berjumpa doktor ke macam mana?.
"Kita tak tahu keadaan tangki itu bagaimana, ia boleh kualiti air itu teruk atau ada mayat dalam tangki," kongsinya lagi.
Ditanya mengenai perkembangan isu tersebut bersama pihak hotel, suami Aleeya iaitu Azri memberitahu pihak hotel masih menjalankan siasatan.
"Saya masih mendapat update terkini tapi alasannya tetap sama dalam siasatan.
"Mereka profesional dan faham isu berkenaan, video itu pun sekadar kesedaran untuk orang ramai dan tak nak orang lain kena perkara yang sama," ujarnya.
Tambah Aleeya dia juga mengalami masalah di bahagian tekak seperti berasa pedih dan kering.
"Saya punya tekak sakit, nak serak ke pedih. Sampai sekarang tekak macam kering saja.
"Anak saya juga dah mula selesema tapi kita harap tiada perkara yang tak diingini lah," tutupnya.
Terdahulu, Aleeya meluahkan rasa ketidakpuasan hatnyai apabila termandi air keruh ketika menginap di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka, awal Ogos lalu.