Laman Utama
"Alhamdulilah!"- Nurul Zahid Zahir Kegembiraan Bapa Dilantik Jadi Timbalan Perdana Menteri
Anak perempuan kepada Ahmad Zahid iaitu Datuk Nurulhidayah melahirkan kesyukuran apabila bapanya dilantik secara rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri malam semalam.
"Allahuakbar. Alhamdulillah. Subhanallah!!”tulisnya pada hantaran berkenaan di laman Instagram.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada Jumaar mengumumkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) I di bawah pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Malah, turut diumumkan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri II.
Berita itu membuatkan ramai terkejut dan ada juga yang sudah menyangka bahawa Zahid Hamidi dilantik sebagai TPM memandangkan tular kenyataan beliau mendapat sokongan di kalangan ahli Barisan Nasional.
Hantaran itu dihujani dengan ucapan tahniah atas lantikan Ahmad Zahid sebagai salah seorang orang kanan penting dalam pembetukan Kerajaan Perpaduan.
Terdahulu, Nurul memuat naik sebuah video mengenai ayahnya bersama penyokong Barisan Nasional (BN) sambil menulis kapsyen kata-kata semangat supaya tidak berputus asa.