Berita

“Alhamdulilah Tak Sempat Effect Ke Salur Pernafasan…”- Anak Salima Dimasukkan Ke Hospital

Syafiqah Jalal
10/04/2019
09:27 MYT
Sponsor Banner
“Alhamdulilah Tak Sempat Effect Ke Salur Pernafasan…”- Anak Salima Dimasukkan Ke Hospital
Bekas bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Salima mengesahkan anaknya, Asmaa ditahan di hospital selepas mengalami alahan kulit semalam.
Bayinya itu mengalami alahan yang teruk sehingga wajahnya bengkak serta muntah-muntah.
Namun dia bersyukur keadaan anaknya bertambah pulih selepas dirawat di bahagian kecemasan hospital itu.
“Alhamdulillah ala kullihal terima kasih semua yang dm doakan, sahabat-sahabat dan keluarga... . Asmaa' kene allergy reaction.
“Mukanya jadi merah merah bengkak, dan bibir jadi bengkak yg amat sgt smp lain terus muka die... lepastu die muntah.
“Alhamdulillah ala kullihal , masa jd tu sal kt lua ngn famili, terus bawa ke klinik berdekatan, n doktor suggest bawa pg hospital terus.
“Bila bawa ke hospital, bawa ke bahagian emergency dan terus di bawa ke red zone, doktor bagi rawatan yang terbaik mengikut ilmu kepakaran mereka, masuk line, amik darah semua.
“Sejam lepas tu bengkak makin surut, alhamdulillah tak sempat effect ke salur pernafasan, tapi still kene warded jugak mlm td sbb doktor nk monitor. InsyaAllah boleh discharge arini...,”tulisnya.
Salima berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto anaknya terlantar di hospital.
Rata-rata turut mendoakan agar urusan mereka dipermudahkan dan Asma segera sembuh.
A post shared by Salima (@salimahabibi) on
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar