Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Alhamdulillah, Dia Yang Terbaik Allah SWT Kirimkan” - Serina Redzuawan Selamat Bernikah!

Hanafis Haris 09/04/2021 | 08:13 MYT

Pelakon, pengacara dan juga anak kepada chef terkenal, Serina Redzuawan telah selamat bernikah hari ini bersama jejaka pilihan hati yang dikenali sebagai Aidid.

Perkara itu diumumkan Serina menerusi satu posting di Instagramnya, sebentar tadi.

Menurut Serina, dia bersyukur kerana majlis berlangsung dengan lancar dan paling penting perkara wajib sudah pun diselesaikan.

“Bismillahirahmanirahim, sempena hari jumaat penuh keberkatan, dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT, Serina nak umumkan I dah selamat mendirikan masjid bersama suami.

“Majlis nikah kami secara tertutup sahaja. Alhamdulillah diselesaikan yang wajib dahulu.

“Benar jodoh pertemuan, ajal maut itu rahsia Allah, kita yang lahir di bumi semuanya dah tertulis di Kitab Loh Mahfuz. Alhamdulillah dia lah yg terbaik yang Allah kirimkan buatku untuk menjadi imam serta khalifah dalam keluargaku,” katanya.

Tambahnya, dia juga berterima kasih ayahnya, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kerana merestui perkahwinan mereka.

“Insya-Allah lepas raya kita buat kenduri doa selamat dan makan di restoran Papa ya.

“Terima kasih juga kepada keluarga serta sahabat yang tak putus beri Serina & Aidid semangat serta doa,” katanya.

Sekadar info, Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Perkahwinan itu walaubagaimanapun tidak kekal lama apabila mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak, Tristan Tareef, dan Isabella Saffiya.

A post shared by Serina Datuk Redzuawan (@serinaredzuawan)

#Kahwin #Nikah #Serina Redzuan #Aidid
;