Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Alhamdulillah, Lofa Dah Pakai Stokin” - Netizen Teruja Neelofa Mula Pakai Sarung Kaki, Tetap Stailo!

Azwa Rahman 07/09/2020 | 18:22 MYT
Pengacara dan usahawan berjaya Neelofa mencuri tumpuan wargamaya apabila mula mengenakan sarung kaki dalam setiap penampilannya.
Menerusi laman sosial Instagram, Neelofa berkongsi foto outfit of the day (OOTD) terbarunya yang menutup aurat kaki dan cukup sopan untuk tatapan umum.
“Maximised comfort and keeps your look polished,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Memakai seluar di atas paras buku lali dengan sepatu tumit tinggi bertutup, Neelofa tetap kelihatan stail apabila mengenakan sarung kaki berwarna kulit bagi menutup auratnya.

Maximises comfort and keeps your look polished. @naelofar #GoNaelofar #NaelofarRTW

A post shared by Neelofa (@neelofa) on

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya mula menyedari penampilan terbaru fesyenista itu.
Ramai yang memuji dan turut sama terinspirasi untuk menjaga aurat kaki mereka.
“Nampak Neelofa pakai sarung kaki buatkan saya nak pakai juga,” tulis seorang wargamaya.
“Makin suka penampilan sekarang. Simple yet elegant,” kata seorang wargamaya.
“Cantiknya stoking. Boleh kongsi beli di mana?” tanya seorang wargamaya.
“Cantiknya masya-Allah berstokin,” puji seorang wargamaya.
“Dia dah pakai stokin kaki la,” tulis seorang wargamaya.
“Aww saya tengok Lofa dah pakai stokin, alhamdulillah. Love teruk!” ujar seorang wargamaya lagi.
Meninjau ke ruangan foto Neelofa di Instagram, dia mula mengenakan sarung kaki sekitar beberapa bulan lepas.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 220,000 tanda suka daripada warga Instagram.
#Neelofa #muslimah #Fashion
;