Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Alhamdulillah, Semakin Stabil” - Kamal Adli Update Keadaan Selepas Jalani Pembedahan

Shahrin Zulkifle 14/03/2023 | 06:00 MYT

Pelakon Kamal Adli berkongsi perkembangan terkini keadaan dirinya selepas menjalani pembedahan akibat di pukul pada bahagian kepala baru-baru ini.

Menerusi kemas kini di Instagram, Kamal memaklumkan dirinya semakin stabil, namun masih perlu dipantau untuk rawatan susulan.

“Alhamdulillah, Kamal semakin stabil tapi masih under medication untuk tahan sakit dan nanah dan lebam di badan dan dijaga isteri saya.

“Terima kasih atas doa kalian terutama arti-artis di booth dan juga orang-orang Malaysia dan Singapura yang tolong Kamal,” katanya.

Pada perkongsian sama, Kamal turut berkongsi sekeping gambar yang memperlihatkan keadaan kepalanya dibalut sambill berehat di atas katil.

A post shared by K.A (@kamaladli)

Dalam masa sama, suami kepada aktres Uqasha Senrose itu turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri.

“Cuma Kamal harap semua orang tolong jaga keselamatan kerana tak tahu siapa suka atau benci kita.

“Doakan untuk isteri saya yang masih trauma pasal isu ini. Saya sayang isteri saya. Yang ketuk saya sorang je bukan satu Singapura, jangan gaduh-gaduh,” tambahnya.

Terdahulu, Uqasha memaklumkan mengenai suaminya, pelakon Kamal Adli mengalami kecederaan parah selepas diserang oleh individu tidak dikenali ketika mereka menghadiri sebuah ekspo di Singapura pada malam Ahad.

Uqasha turut berkongsi satu tangkap layar mesej yang pernah diterima daripada lelaki berkenaan sebelum ini mengugut untuk membunuh Kamal.

#Uqasha Senrose #Kamal Adli #Di pukul
;