Laman Utama
“Alhamdulilllah, Kami Bakal Jadi Ibu Bapa” - Isteri Hamil, Ramai Doakan Yonnyboii Dipermudahkan Urusan
Penyanyi Yonnyboii dan isterinya, Nik Nazira mengucapkan rasa syukur kerana bakal dikurniakan cahaya mata pertama.
Berita itu dimaklumkan pasangan ini menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram mereka.
“Setelah beberapa bulan merahsiakannya, kini saya ingin berkongsi kehamilan yang tinggal beberapa bulan dengan anda semua.
“Alhamdulillah, kami bakal menjadi ibu dan ayah kelak. Mohon doakan urusan kami dan anak kecil dipermudahkan,” tulis isterinya.
Bagaimanapun, Nik Nazira tidak mendedahkan usia kehamilannya.
Sementara itu, ruangan komen Instagram pasangan ini juga dihujani ucapan tahniah peminat termasuklah rakan selebriti antaranya:
“Alhamdulillah, tahniah bakal ibu ayah,” ujar Alif Satar.
“Saya bakal menjadi pakcik kelak?,” tanya Meer Nash.
“Yeay! Tahniah,” tulis Kaka Azraff
Terdahulu, Yonnyboii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 secara rahsia dan mendedahkannya kepada umum enam hari selepas itu.