Laman Utama

Ali XPDC Kini Asnaf, Terima Bantuan LZS– “Kos Rawatan Hospital Pun Ditanggung LZS, Saya Memang Tak Ada Duit Nak Bayar…”

Gempak
10/09/2021
00:30 MYT
Sponsor Banner
Ali XPDC Kini Asnaf, Terima Bantuan LZS– “Kos Rawatan Hospital Pun Ditanggung LZS, Saya Memang Tak Ada Duit Nak Bayar…”
Penyanyi, Ali XPDC mengakui kini dia termasuk dalam golongan asnaf selepas lebih setahun tidak mempunyai sebarang pendapatan kerana tidak boleh bekerja.
Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini menerima bantuan sebanyak RM600 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).
"Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup kami. Terima kasih banyak-banyak," katanya.
Ali sejak 2 September lalu menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), kerana mengalami masalah semput dan lemah jantung.
Bagaimanapun dia sudah dibenarkan pulang ke rumah petang semalam (Khamis).
Tambah Ali lagi, dia bersyukur kerana kos rawatan di PPUM itu turut ditanggung pihak LZS. "Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya.
“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak LZS, individu dan peminat yang banyak menghulurkan bantuan kepada saya," katanya yang mempunyai lima anak yang masih belajar.
Ali mula mengalami masalah semput sejak hujung Ogos lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut pada 2 September lalu.
Rabu lalu, majlis bacaan Yassin dianjurkan golongan rockers era 1990-an yang dipimpin Ustaz Zulkefli Hamat bagi mendoakan kesembuhan Ali.
"Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya dengan bacaan Yassin semalam. Pagi ini saya rasa lapang sangat kerana berkat doa semua," katanya.
Sumber/Foto: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar