Hiburan
Alice Chang Buat Hal, Kali Ini Dipecat Lagi! Netizen Geram – “Senang Betul Dia Dapat Kerja, Lagi Mudah Berbanding…”
Wanita yang dipecat oleh francais Auntie Anne’s Kuala Lumpur kerana mencium doh roti, Alice Chang sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila dia di pecat oleh sebuah restoran makanan segera pada Khamis.
Perkara tersebut terjadi selepas Alice memuat naik satu hantaran di Weibo dengan memaklumkan dia sudah bekerja di salah satu cawangan Nando’s di ibu kota.
Tidak lama selepas itu, syarikat makanan segera mengeluarkan satu kenyataan dengan mengambil keputusan untuk memecat Alice kerana dianggap telah melanggar polisi syarikat kerana memuat naik beberapa gambar termasuk kawasan sulit premis Nando's di akaun media sosial peribadinya.
"Terima kasih atas perhatian dan keprihatinan anda mengenai pengambilan Alice Chang sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando's baru-baru ini.
"Semasa proses temuduga, Alice tidak memaklumkan sepenuhnya tentang sejarah kerjanya yang lalu," jelas kenyataan itu.
Susulan kejadian tersebut, pihak Nando’s juga telah mengambil langkah keselamatan dengan melakukan sanitasi di cawangan berkenaan.
"Bagi memastikan keselamatan semua pihak, kami telah mengambil langkah segera dengan melakukan sanitasi menyeluruh dan memastikan tiada risiko lanjutan," katanya.
Namun apa yang lebih menarik apabila ada sesetengah netizen yang beranggapan bahawa wanita itu sangat mudah untuk mendapat kerja.
Pada 8 Oktober, Alice dipecat dari salah sebuah francais Auntie Anne’s selepas video dia bermain dan mencium doh roti tular di media sosial.
Susulan kejadian itu, outlet di cawangan Midvalley mengambil langkah proaktif dengan membuat penutupan sementara waktu untuk pembasmian kuman dan pembersihan menyeluruh.
Alice juga dimaklumkan pernah bekerja dibeberapa syarikat F&B selepas dipecat oleh Auntie Anne’s