Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Alicia Silverstone Sanggup Bogel Demi Haiwan

Maliah Surip 22/12/2022 | 14:34 MYT

Bintang Hollywood, Alicia Silverstone yang mendakwa dirinya tidak pernah berbogel sepanjang karier melakukan hal tersebut demi sebuah kempen.

Silverstone berbogel sebagai sokongan kempen kepada haiwan untuk organisasi PETA yang membantah penggunaan seperti kulit binatang sebagai pakaian.
Kempen dengan judul Don’t Be A Prick bertemakan pokok kaktus tersebut dibuat sebagai gesaan untuk tidak memakai pakaian yang diperbuat dari kulit haiwan.
“Sarungkan sayuran. Beli kaktus, cendawan atau apple berbanding kulit binatang!”bunyi kempen tersebut seperti dilaporkan CNN.
Bersama itu PETA merilis video sesi di sebalik tabir yang menampilkan Silverstone sedang ‘bekerja’ untuk kempen tersebut.
Dalam video tersebut, bintang filem Clueless itu juga dilihat berkata: “Jika saya perlu berbogel untuk menunjukkan kecintaan dan kepedulian terhadap haiwan, saya bersedia.”
Dia kemudian menyambung: “Saya tidak pernah berbogel sebelum ini sama ada dalam filem, televisyen atau sebagainya. Tidak pernah.
Namun demi menyampaikan mesej baik kepada masyarakat, dia tidak kisah berbuat demikian.
“Impian saya adalah untuk menjadikan Bumi mesra daripada ‘tangan pereka busana’ yang menggunakan kulit haiwan sebagai pakaian.
“Saya rela bogel dari memakai rekaan dengan kulit haiwan,” tambahnya lagi.
Silverstone, 46, diketahui sudah mula menjadi seorang pemakan sayur atau vegetarian sejak tahun 1999. Sejak itu dia kerap berkempen tentang hidup sihat dengan sayur sayuran dan menentang apa juga bentuk penindasan terhadap haiwan.

#Hollywood #Bogel #Alicia Silverstone
;