Hiburan
"Alif Meninggal Dunia Kerana Faktor Genetik Dan ..." - Nora Dedah Punca Anak Mati Mengejut
Penyanyi Nora Ariffin mendedahkan punca kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Alif Johan, 20, pada 15 Disember lalu kerana faktor genetik.
Tambah Nora, selain itu kehilangan permata hatinya itu juga kerana sudah sampai masanya.
"Alif meninggal dunia kerana faktor genetik, begitulah lebih kurang. Satu lagu kerana sudah ketentuan ajal," kata Nora.
Terdahulu, Nora tidak memaklumkan punca kematian anaknya itu walaupun selepas dibedah siasat.
Getus Nora lagi, tiada siapa dapat melawan kuasa Allah dan soal jodoh atau maut semua rahsia yang Maha Esa.
"Ada orang yang sihat seperti pemuzik Lok U, tiba-tiba baru-baru ini meninggal duni dan saya sendiri pun terkejut sebab sepanjang Mentor Milenia dia selalu duduk berbincang dengan Alif.
"Walaupun kita menjaga kesihatan, kalau sudah sampai ajal akan meninggal juga," ujarnya.
Nora sebelum ini kehilangan suaminya, Johan Nawawi yang juga seorang komposer ternama pada 24 Mac 2017.
Nora ditemui pada majlis perlantikannya sebagai duta produk penjagaan wajah Korea, Prettian di Glam Hall, Petaling Jaya semalam.
Produk yang berasaskan bahan semulajadi itu mengikat pelantun lagu Hanyalah Satu itu selama setahun.
Prettian Malaysia diasaskan oleh Noor Alhan Ismail dan berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP Cream dan Silky Brightening Cream.