Hiburan

Alif Satar 'Educate' Individu Yang Pernah Ada Pengalaman COVID-19, "Saya Rasa Lebih Senang Nak Pertahankan Diri Selepas ..."

Zulaikha Yusof
21/12/2020
06:44 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar 'Educate' Individu Yang Pernah Ada Pengalaman COVID-19, "Saya Rasa Lebih Senang Nak Pertahankan Diri Selepas ..."
Selebriti serba boleh Alif Satar mendedahkan menerima banyak kiriman mesej (DM) di Instagram (IG) yang berkongsi pengalaman selepas disahkan positif dengan virus Covid-19.
Menurut Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 30, dia memilih menggunakan platform media sosial untuk educate (didik) berdasarkan pengalaman sendiri.
"Benda ini (Covid-19) is real. Orang luar mungkin ada yang tak pernah jumpa individu yang ada pengalaman dengan Covid-19 ini.
"Ada yang masih ambil sikap sambil lewa walaupun Covid-19 tengah serius berlaku.
"Saya ambil peluang ini untuk educate orang yang DM saya cerita pengalaman dia. Nobody ask to be affected.
"Saya rasa lebih senang nak pertahankan diri selepas terkena Covid. Orang lain mungkin tak ada power itu.
"Insya-Allah dalam minggu ini saya akan kongsi dokumentari perjalanan saya selama 12 hari di dalam hospital. Hospital Melaka pula tu, rawatan dia lain sikit daripada Hospital Sungai Buloh.
"Dia (content) lebih kepada segi mental daripada fizikal yang berlaku kepada saya. Itu saya tak sabar nak kongsi dekat Youtube saya," katanya.
Alif ditemui media selepas memenangi kategori Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2020, malam tadi.
Dalam pada itu, pelantun lagu I Want You To Love Me menyatakan ini adalah acara hiburan pertama yang dihadiri selepas keluar dari hospital pada 2 Disember lalu.
"Ini adalah kali pertama saya keluar ke acara hiburan. Saya tak rasa ada layanan berbeza.
"Saya dah immuned dengan Covid-19. Saya complete fine untuk berjumpa dengan anda semua," katanya lagi.
Sebelum ini, Alif disahkan positif Covid-19 pada 22 November lalu.
BACA: Alif Satar Positif COVID-19, "Saya Mohon Maaf, Doakan Saya"
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar