Laman Utama

Alif Satar Tidur Tepi Jalan, Tak Mandi 2 Malam Tunai Haji- "Rupanya Macam Ni Lah Rasa Gelandangan"

Syafiqah Jalal
03/07/2023
08:35 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar Tidur Tepi Jalan, Tak Mandi 2 Malam Tunai Haji- "Rupanya Macam Ni Lah Rasa Gelandangan"
Penyanyi dan pelakon, Alif Satar mengakui pengalaman ibadah haji yang dilalui baru-baru ini ketika bermalam di Mina telah membuka matanya bahawa setiap orang adalah sama tidak kira pangkat dan darjat.
Malah kata Alif pengalaman seperti seorang gelandangan itu membuatkan semua rasa rendah diri dan buang rasa sombong sebagai manusia.
"Mengikut manasik haji Nabi SAW.. kami semua jamak takhir maghrib isyak dan bermabit sampai solat subuh di Muzdalifah.
“Di sini, tidak kiralah bayar pakej ratus ribu, engkau berpangkat Tan Sri, artis yang orang sanjung hatta Mufti sekalipun, semua orang tidur di tepi jalan
"Bila aku pikir,rupanya macam ni la rasa orang ‘homeless’. Takda tempat mandi, pastu tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak prepare utk melontar).
"Aku gerenti, siapa datang buat haji insyaAllah rasa sombong takabbur tu mesti hilang," kongsinya di Instagram.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik fotonya sedang tidur bersama jemaah lain di kawasan terbuka.
Berkongsi lanjut mengenai pengalamannya itu, Aliff memberitahu dia sudah dua alam tak mandi dan ke tandas.
“Tiada tempat mandi, tengah-tengah malam korek tanah cari batu (nak persediaan untuk melontar).
“Wallahi, walaupun masa ini dah dua malam tak mandi, tak pergi tandas, badan dah penat ditambah pula kekecohan bunyi dan bau asap ekzos bas.
“Dengan berlapikkan ‘sleeping bag’ beratapkan langit bintang,” luahnya lagi.
Selain Alif, antara selebriti tempatan lain yang menunaikan haji adalah Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Lisdawati dan Faizal Tahir.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar