Berita

Alif Teega, Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam Lebih RM1.5 Juta

Ernalisa
23/09/2024
03:22 MYT
Sponsor Banner
Alif Teega, Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam Lebih RM1.5 Juta
Pempengaruh Alif Teega Dan Isteri Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah atas kesalahan salah guna dana awam membabitkan nilai lebih RM1.5 juta.
Pasangan suami isteri itu juga mohon dibicarakan atas 10 pertuduhan yang dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Isnin pagi.
Pasangan kontroversi itu yang didakwa atas salah laku dana awam itu juga dilihat mengangguk-anggukkan kepala ketika perbicaraan dibacakan di hadapan Hakim Tuan Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Antara pertuduhan salah guna dana awam untuk tujuan infaq kurma, infaq al-Quran, infaq pek makanan bagi fakir miskin, bantuan mangsa banjir selain sedekah pakaian raya untuk anak yatim.
Mengikut kertas pertuduhan sabit kesalahan, bagi setiap pertuduhan, pasangan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara antara enam bulan hingga lima tahun dan sebatan serta denda.
Susulan itu, pihak pendakwaan dan tertuduh bersetuju untuk ikat jamin sebanyak RM25,000 dengan syarat.
Hakim menetapkan syarat supaya tertuduh menyerahkan pasport selain melaporkan diri di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada setiap bulan sehingga selesai selain tidak boleh berhubung dengan mana-mana saksi.

BERITA TRENDING: Berdepan 10 Pertuduhan, Alif Teega & Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam

BERITA TRENDING: Hidup ‘Papa Kedana’, Lelaki Dengan Pendapatan RM13 Sehari Miliki Dua Isteri

Kes tersebut akan dibicarakan pada 27 November 2024.
Sebelum ini, SPRM melaporkan Alif dan Aisyah bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas kesalahan salah guna dana awam pada Isnin.
Sebelum ini, dilaporkan Alif Teega didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menyalahguna dana awam lebih RM63,000 menerusi dua program infaq, April dan Jun lalu.
Bagaimanapun, Alif atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi.
Pada Julai lalu, Alif dan isterinya yang juga pempengaruh popular direman selama empat hari di Mahkamah Majistret Putrajaya berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

BERITA TRENDING: Bius Sampai Pengsan, Lelaki Rekrut 50 Lelaki Untuk R*gol Isteri

BERITA TRENDING: Terpaksa Pajak Telefon Bimbit RM80 Untuk Beli Makanan

Turut direman adalah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.
Perintah reman itu dibuat selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahannya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar