Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Alif Teega Setuju Serah Aset 100% - “Aisyah Dah Jalankan Tanggungjawab Isteri Dengan Sangat Baik

Mya Amri 27/12/2023 | 07:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Alif Teega memaklumkan dia sendiri bersetuju untuk menyerahkan 100 peratus harta sepencarian kepada isteri pertamanya, Aisyah Hijanah.
Menurut Alif, dia akan membantu Aisyah dan memberikan sokongan terhadap isterinya untuk memajukan lagu syarikat perniagaan yang diusahakannya.
“Bismillah, tujuan posting ini adalah untuk sampaikan khabar berita dan moga menjadi manfaat kebaikan buat kalian semua.
“Alhamdulillah, haza min fadhli Rabbi. Alif buat keputusan untuk memindahkan segala aset dan harta sepencarian sepanjang perkahwinan Alif dan Aisyah.
“Alif pindahkan semuanya atas nama Aisyah. 100% buat Aisyah. Syarikat @hijanahofficial rumah, kereta dan lain-lain semuanya atas nama Aisyah.
“Insya-Allah, Alif akan sedaya upaya bantu dibelakang. Usaha sehabis baik untuk terus majukan @hijanahofficial guide Aisyah untuk terus bawa Hijanah kedepan lagi. Dan Alif yakin Aisyah mampu untuk lead Hijanah sepenuhnya,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

BERITA TRENDING: “Senyuman Aisyah Mampu Sakitkan Hati Fatin” - Abang Ipar Dakwa Fatin Umaidah Sengaja Sebarkan Voice Note Dan…

Dalam pada itu, Alif juga mengakui kemelut rumah tangga yang berlaku telah mengajarnya tentang banyak perkara.
“Apa yang berlaku telah mengajar Alif banyak perkara. Subhanallah, Aisyah menjalankan tanggungjawab dia sebagu isteri dengan baik hingga sekarang.
“Juga membantu Alif menjadi seorang suami yang lebih baik. Doakan lah Alif, doakan,” coretnya.

BERITA TRENDING: Aisyah Hijanah Kongsi Berita Gembira, Harta Sepencarian, Termasuk Aset & Share Perniagaan Kini Miliknya - “Bukan Bermakna Kita Tamak”

Terdahulu, Aisyah mendedahkan yang segala hasil titik peluh termasuk aset harta sepencarian yang diusahakan bersama suami, Alif Teega telah dipindah milik seratus peratus kepada dirinya.
Aset-aset tersebut termasuklah share perniagaan hijab, Hijanah; rumah, kereta dan aset lain.
Aisyah berkata, perkongsian yang dibuat bukanlah bermaksud dirinya merupakan seorang yang tamak harta. Sebaliknya, ia sebagai jaminan buat dirinya dan juga anak-anak.
#Viral #Tular #Aset #Harta #Alif Teega #Aisyah Hijanah #Isteri Pertama #Harta Sepencarian
;