Hiburan
Aliff Aziz Tak Mengaku Masih Sayang Bella, Tuduh Wartawan Putar Belit Cerita?
Pelakon dan penyanyi Aliff Aziz menafikan bahawa dia pernah mengeluarkan kenyataan masih sayang terhadap Bella Astillah ketika enggan menceraikan isterinya itu pada sebutan penceraian mereka pada 4 April lalu.
Menerusi perkongsian tangkap layar perbualan yang dikongsi Sarah Yasmine, Aliff seakan tidak mengakui kepada NRF apabila disoal mengenai kenyataannya.
Malah, Aliff bertindak menafikan perkara tersebut dan menyalahkan petugas media yang dikatakan memutarbelit kenyatannya.
“Sayang bella pulak,” kata NRF sambil menghantar tangkap layar temubual Aliff bersama media.
“Saya tak cakap apa-apa pun. Diorang (media) yang cakap. Awak kena tengok video. Jangan tengok headlines wartawan bodoh ni semua,” kata Aliff.
Sebaliknya Aliff mendakwa dia terpaksa ‘berlakon’ tenang ketika ditemubual media selepes sebutan kes tuntutan cerai terhadapnya di Mahkahmah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sebelum ini, Sarah Yasmine sekali lagi menarik perhatian netizen di laman sosial apabila mendedahkan paparan skrin perbualan antara ‘NRF’ dan Aliff Aziz yang memaparkan mesej romantis, komplot jatuhkan Bella Astillah dan sebagainya.
Berita Trending: Tiada Niat Kutuk Bella Astillah, Emma Maembong Akui Silap Tanya…