Laman Utama
All The Best! 6 NGO Dari Malaysia Bertanding Di The Hornbill Awards Sempena Climate Week New York!
Malaysia in the eyes of the world! Ungkapan itu benar dan relevan apabila negara kita berjaya meloloskan diri sebagai finalis untuk The Hornbill Awards sempena Climate Week New York yang akan berlangsung pada 26 September nanti.
Bukan satu tetapi enam wakil Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang akan mewakili negara bertanding bagi merebut hadiah kejuaraan bernilai RM105,000.
Enam NGO tersebut ialah 1StopBorneo Wildlife yang akan membangunkan projek perlindungan burung enggang, Borneo Rhino Alliance (memulihara haiwan yang hampir pupus) dan Kelab Alami Tanjung Kupang (pengurusan habitat komuniti di Pendas dan Sungai Pulai).
Selain itu, Marine Research Foundation akan mempertaruhkan projek pemuliharaan semula megafauna marin di Malaysia, Reef Check Malaysia (pemetaan ekosistem marin di Semenanjung Malaysia) dan Regional Environmental Awareness of Cameron Highlands (biodiversiti dan pendidikan tapak pembinaan).
Inisitatif Climate Governance Malaysia itu sebagai usaha untuk memulihara dan memelihara alam semulajadi Malaysia yang kian terancam.
Pemenang kertas cadangan NGO terbaik akan mendapat pembiayaan untuk membangunkan projek yang dicadangkan untuk pertandingan The Hornbill Awards.
Dalam pada itu, CGM akan memberikan akses kepada NGO untuk membentangkan hasil kerja mereka di platform global dan memberikan peluang untuk mempromosikan projek mereka bagi mendapatkan sokongan pelabur antarabangsa demi pemuliharaan biodiversiti.
Anda boleh menonton Climate Week New York yang akan berlangsung pada pukul 5 petang (waktu tempatan) pada 26 September ini.