“Allah Betapa Kusut Memikirkan Tentang Sesuatu Yang Tiada Jawapan”- Mila Jirin Minta Bantuan…
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin akui bimbang memikirkan industri perkahwinan yang juga merupakan salah satu perniagaan terbesar yang diusahakan selama ini.
Menurut Mila, perniagaannya itu terjejas teruk selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan lebih bimbang lagi apabila industri itu dikhabarkan tidak dapat diteruskan meskipun selepas PKP.
“Saya mewakili ratusan ‘Wedding Industry Business Player’ sangat risau apakah nasib yang bakal diterima kepada Industri Perkahwinan. Sudah terdengar, desas desus pekerja dan perniagaan di dalam industri perkahwinan terpaksa dihentikan dek kerana tiada pendapatan dan tiada jawapan bila dapat beroperasi semula.
“Allah maha mengetahui betapa kusut fikiran berfikir tetang sesuatu yang tiada jawapan,” tulisnya.
Mila yang juga juara Akademi Fantasia 5 (AF5) itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Justeru, Mila berharap agar pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) atau Kementerian Pertahanan (Mindef) serta pihak berwajib membincangkan isu tersebut
“Sangat tinggi harapan kami agar pihak MITI atau Mindef atau mana mana pihak yang berwajib membincangkan juga SOP untuk industri perkahwinan,” katanya lagi
Mila kini merupakan usahawan berjaya dengan memiliki perniagaan pakej perkahwinan Bizmilla Catering