Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Allah Nak Pelihara Pasti Terpelihara”- Ebit Lew Tak Kisah Dihina Manusia

Syafiqah Jalal 24/10/2021 | 01:50 MYT
Dermawan terkenal, Ebit Lew akui tidak kisah dengan hinaan daripada makhluk terutama manusia yang ingin menghancurkan dirinya.
Ebit Lew percaya hanya Allah sahaha yang berkuasa dan menentukan segalanya jika mahu dirinya terpelihara.
“Allah Maha Kuasa. Makhluk langsung tiada kuasa. Berkumpul segala kekuatan makhluk nak hancurkan,binasakan, menghina seseorang. Allah nak pelihara pasti terpelihara.
“Tiada yang berkuasa selain Allah. Tiada yang boleh beri hidup dan mati selain Allah. Tiada boleh beri kemuliaan atau kehinaan melainkan Allah. Laailaha ilallah,” katanya.
Pendakwah bebas itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi kemas kini yang sama beliau memuat naik sedikit rakaman videonya ketika ini yang sedang bercuti di Switzerland bersama keluarga.
Pada 19 Ogos lalu, Ebit dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Bagaimanapun, Ebit ketika ditemui media sebaik selesai memberi keterangan mendakwa dakwaan itu berunsur fitnah kejam ke atas dirinya.
Pada awal Oktober, Ebit dan isterinya sekali lagi dipanggil polis untuk membantu siasatan membabitkan kes sama.
Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

#Ebit Lew #Fitnah #Allah #Dihina #Pelihara
;