Laman Utama
"Allah Nak Uji, Masa Tu Saya Tengah Down." - Tauke Buka Cerita Pengalaman 3 Hari Ditahan Di Lokap, Rupa-Rupanya...
Pelawak Tauke akui pengalamannya berada di dalam lokap selama tiga hari dua malam sekitar Ogos lalu merupakan detik hitam paling buruk dalam hidupnya.
Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, dia walau bagaimanapun menganggap kejadian tersebut sebagai ujian daripada Allah SWT.
"Kalau nak kata kejadian paling buat saya terduduk, ketika saya ditahan lah.
"Dekat dalam balai, saya kena tiga hari dua malam.
"Tapi Allah nak uji saya, Alhamdulillah dekat dalam balai, bayangkan saya seorang dalam balai, dalam lokap," katanya.
Jelasnya, dia juga akui mentalnya agak 'down' kerana tidak pernah melalui pengalaman sedemikian.
"Masa tu terfikir, yelah kita solat, tapi masa tu saya down lagi sebab tak pernah kan.
"Ketika itu kita punya kerohanian diperah," katanya.
Tauke berkata demikian ketika majlis pelancaran program bual bicara Jari Neraka.
Program Jari Neraka yang diterbitkan oleh Rentak Sehati itu bakal menyaksikan pelawak tersebut bergandingan Zarina Anjoulie selaku pengacara.
Disiarkan menerusi YouTube, Jari Neraka juga bakal menampilkan ramai selebriti jemputan termasuk Iqram Dinzly, Zed Zaidi, PU Amin, Yusof Azmi dan ramai lagi.
Terdahulu, media melaporkan seorang pelawak lelaki telah ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks yang berlaku di sekitar Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, selepas berita itu tular, Tauke mendakwa pelawak yang ditahan bukan dirinya.
"Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak PDRM telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai," katanya.